Wednesday, 15 October 2014

From a 4th year medical student to Dr. Sabby

Dear my future self,

I know today might be a rough day for you.. 
but please do remember me,
the moment I posted this,
you were sitting on that torn chair you hardly pleaded an uncle to sell that second hand black chair with wheels.
Remember that time when you were a student that you worked hard to study until you had to buy this chair to ensure you sit comfortably and can roll from study table to shelf and to bed to and fro? Please hang on my dear self..don't ever give up cause I cannot bear to see hardworking me ever surrender.

There is a beautiful quote by George Bernard Shaw, 
“ I am of the opinion that my life belongs to the whole community, and as long as I live it is my privilege to do for it whatever I can. I want to be thoroughly used up when I die, for the harder I work the more I live. I rejoice in life for its own sake. Life is no “brief candle” for me. It is a sort of splendid torch which I have got hold of for the moment, and I want to make it burn as brightly as possible before handing it on to future generations.”

Sunday, 18 May 2014

Matanya Yang Bercahaya


♫ Doa Taubat - Raihan
ツKesal


Sedang aku enak bermain di dapur rumah, hujan mulai turun...
Renyai-renyai..ah, enak!
Sesuatu pergerakan menangkap pemandanganku. 
Warnanya merah berbelang hitam..
Krik-krik-krik menggelusur dia ke dalam lubang habitatnya. 
Ular!
Aku tangkas mengambil penyembur serai wangi berwarna merah jambu millikku. 
Segera ku sembur ke dalam lubang itu tadi. Lalu ku tutup pintu dapur dan ku lari ke hadapan rumah.
Aku sahut mama dan kakakku mengatakan ada surprise di dapur. Mereka membontoti ku ke dapur. Aku buka pintu dan ku lihat ular merah itu melompat. Apa lagi, terperanjatlah mama dan kakakku. Aku tersengih mengatakan itulah sebabnya aku panggil mereka. 
Mereka memarahi aku, "tu bukan surprise lah!" 
Ku cuba mencari ke mana arah ular merah itu tadi, makanya dia telah melompat ke dalam satu lubang di atas tanah yang amat besar dipenuhi air. Ku perhati...perhati....dan ku terkejut melihat di belakang ular merah itu terdapat ular sawa yang begitu besar. Ya Allah...besarnyaaaa!!!seperti ukur lilit batang pokok balak dan panjangnya berdepa-depa. 
Ku panggil kakakku sekali lagi. Kami mengintai dari tingkap dapur dari dalam rumah. 
Aku tunjukkan pada kakakku.. "tengok tu, mata dia bercahaya.nampak tak?"
Dan secara tiba-tiba ular sawa gergasi itu memandang ke arah kami. Dan bergerak di dalam takungan air itu. Lantai yang ku pijak mulai bergegar. 
Ular itu bergerak dan memasuki satu lagi terowong di dalam lubang besar itu tadi. Zuppp!!! dan menghilang. 
Aku dengar suara ular sawa itu seolah-olah memarahi aku dan mengatakan "apa kau ingat kau tidak akan dapat balasan....hcviehrjvpojdvhiudfshbvnkdckznco" 
Gegar. Gegar. Gegar!!!
Aku cuba tutup pintu dapur, namun gegaran itu cukup kuat. Aku lari pimpin tangan kakakku. 
Mamaku masih di dalam bilik. Aku tidak sempat memanggil mamaku kerana sewaktu itu....
Astaghfirullahal 'azim...muncul batu-batu nisan yang keluar dari bumi. 
Aku kecut perut. Astaghfirullah...Astaghfirullah...aku hanya mampu berlari. 
Ku genggam erat tangan kakakku dan ku sebut, "jom, kita naik atas".
Semena aku berlari, ketika itu juga makin banyak batu-batu nisan menjalar di atas ruang muka bumi. 
Kami tiba di tingkat atas rumah. 
Kami sujud...
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami..dosa kedua-dua ibu bapa kami..ampunilah kami Ya Allah..ampunilah kami....." 
Air mata ku berderaian dan ku hanya menunggu. Matanya yang bercahaya ku imbas...
Dan...
Allahu...
:'(


Ku terjaga. Kecut perut.Subuh tiba.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu ini. 
Terima kasih atas peringatanmu Ya Allah..




Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu
Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa ‘alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil ‘adziimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

Thursday, 17 October 2013

Haunted Bus!

♫ Give me a reason - Pink
ツ Leisure  


Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh tak ku alun jemari menaip bait bingkisan hati nan nurani kat sini.
MALAS..ah, menyampah amat dengan perkataan ni. 
Membelenggu hidup sungguh la sekitar minggu2 ni.
Lalu aku rajinkan diri mencari sumber2 yang dapat menaikkan lagi semangat.
Nah, amik kau sentap sebijik!

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?

Sumber: http://keajaibanpenjimatan.com/blog/15-kata-kata-motivasi-untuk-belajar/

Tidak semena dapat lagi aku cari link yang best untuk merajinkan lagi diri iaitu di sini:
http:wanwma.com/motivasi/cara-mengubati-penyakit-malas-menurut-islam/

Dah dapat kata2 semangat dan sentap, maka rajin lah sedikit berbanding sebelumnya di mana aku sibuk bermain Candy Crush dan Plant vs Zombie berhari-hari tanpa henti berlawan dengan Yeti untuk dapat bintang hati..

OK jadi bila dah rajin ni, boleh la menaip sikit alang2 dan duduk depan meja dan laptop ni. Harini, dah 2 hari berlalu, iaitu hari raya Aidiladha. Kali ni, sambut aidiladha di perantauan. Mungkin ni kali terakhir sambut di bumi Dublin ni. Kali lain mungkin ada tapi mungkin sebagai pelajar post-grad pulak ke, atau datang bercuti sembelih Sheeba semata-mata ke kan =D

Jadi, secara ringkasnya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat..semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Well, memandangkan hari raya korban ni..ada la cerita pengorbanan sikit nak share. well, mungkin takde la status 'berkorban' sangat tapi ade la cerita sikit boleh selit di malam yang hening keseorangan di rumah ni.

Pertamanya, berkorban tak beraya bersama keluarga lah kan. Dah namanya pon belajar jauh, terpaksa la duk jejauh di pinggir hutan. Nasib baik la Pak Cik Berahim datang menyelamatkan keadaan anak2 rantau ni dengan menyediakan kuah kacang, dan Mak Cik Nona pulak datang menghulur nasi himpit mininya. Maka giranglah hati anak2 dara yang kurang rajin memasak di pagi Selasa ketika ada kelas Therapeutic oleh Prof Garang ni, sebab makanan sume dah tersedia tanpa perlu menyinsing lengan baju kurung memasing di pagi hari.

Keduanya, dah la tak dapat makan ngan keluarga, pengorbanan kedua ialah berkorban jiwa dan raga menelan air liur melihat sanak saudara melahap rendang dan ketupat palas dengan rakusnya sambil menge-post setiap inci rumah,makanan juga setiap inci daun palas yang terdapat pada ketupat. auch! siap ada gambar kambing sengih buat 'peace for Qurban yawh!' lagi tu.

peace for Qurban yawh!
Ketiganya, nama pun kene pergi belajar..maksudnya pada hari raya tu ade kelas la sepanjang hari kan. Kelas tu biasa la. belajar dengar focus dan hoccus poccus..kroih3...zzZZzzzZZzz... Ok so bila bangun2 abis lecture je, pengorbanan yang paling azab kene buat ialah menunggu bas. Kalau tunggu seminit dua boleh tahan lagi, kalau dah berpuluh minit...sengsara. Adehs, rasanya mende yang paling aku takkan lupa duk kat Dublin ni ialah, mengejar bas! To make it worse, kalau tunggu dalam ujan dengan lencun kesejukannya, masyaAllah.. gambar di bawah adalah contoh bas 27B yang agak damai dan tenang tanpa hujan dan tanpa ada kanak2 yg berlari mengejar bas di belakang ye.

http://allaboutbuses.files.wordpress.com/2008/03/20080323-ev38.jpg
Bas 27B adalah bas menuju Beaumont Hospital
Tapi hari ni dalam sejarah, aku rasa Allah dengar rintihan aku yang dah kedemaman melangut bawah hujan bertemankan payung nan merah aku semalam sampai lambat masuk kelas. (even aku dah lompat2 tahan bas tu pagi tu, pak cik bas tu dengan selambe badak dia lalu je sebelah meninggalkan aku kesepian bawah hujan selama 20 minit seterusnya)... So sejarahnya, hari ni kelas suppose habis pukul 3 petang. Aku dah soksek soksek selsema sepanjang kelas Microbiology tu, jadinya habis je kelas mmg niat aku nak balik makan ubat selsema dan tido. Habis kelas aku check apps Dublin bus ni, bas 27B dah pun "due" means dia dah sampai la kat depan spital tu. Dalam hati, "ah, sah dah tak sempat ni".. tapi tengok bas seterusnya, "whatt??lagi 39 minit??" lalu aku menerobos laluan2 budak2 medik yang berkerumun kepeningan lalat belajar microbes. Dengan laju seperti Waksen Yambek, aku pecut pecuttt pecuuuttttt dengan coat bubble bulat, tudung pink ayu ku...dan!!!!! yeayyyy!!!!
http://forums.watchuseek.com/attachments/f2/1242079d1381003891-jlc-ebay-bid-walk-away-i-approve-baby-pipe-meme.jpg
I made it bebeyh! *bongkak mode ON*
Tidak ku toleh lagi ke belakang memandang siapakah gerangan yang terlihat aku berlari seperti lipas kudung tadi. Let bygones be bygones~ eceh!

Pengorbanan yang terakhir harini, iaitu kene belajar pasal Breast. sebab besok aku ada Multidisciplinary Teaching iaitu di mana Prof2 dari seluruh department akan membuat onar terhadap pelajar2 yang dah bermuka ayam berak kapur menahan cuak apabila disoal dengan mikrofon melekap di bibir secara spontannya. So, esok tak TGIF mana la aku. biasanya dulu, Jumaat la hari yang aku akan melaram pakai baju kurung lip lap tudung kelip2 ade diamond, ruby, emerald, topaz, sapphire bagai tapi sekarang kalau aku buat camtu nescaya aku lah pelajar pertama yang di pin-point oleh Prof ku untuk jawab soalan dengan rigor nya. Rigor tu ialah? google la sendiri, rajin sikit.
Ok, so itu jelah. Barakah Jumuah.. Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari... =)
Jumpa lagi di kala jari ku ini menaip kembali..
Wassalam!
Adios amigos mucha la gracias!

Friday, 4 October 2013

Somewhere over the rainbow


♫ We found love - Rihanna
 ツ Screaming


It's like you're screaming, and no one can hear
You almost feel ashamed
That someone could be that important
That without them, you feel like nothing
No one will ever understand how much it hurts
You feel hopeless; like nothing can save you
And when it's over, and it's gone
You almost wish that you could have all that bad stuff back
So that you could have all the good
** I wish a Prince will come to rescue me **








Friday, 5 April 2013

Nukilan kelana hati

Kelam malam dingin
Bersendiri
Hati berlagu sepi
Mengenang sebuah memori
Langkah jemari tiada kaku
Mengabdikan isi hati
Tanpa perlu bait diteliti
Lintas lah saja kata-kata
Akan ia tercoretkan 
Demi kenangan yang tidak terpadam
Luhur kasih tiada bertepi
Tergamam perlaku dihirau lewa
Betapa mudah air surut
Pagi memasang, petang menghilang
Sama seperti kasih dicurahi
Hari ini begini, hari mendatang?
Tersimpul cuma menggusar senyum
Meminta jari mencari sirna noktah
Namun yang dipertemu cuma
Noktah berkelana.