Thursday, 17 October 2013

Haunted Bus!

♫ Give me a reason - Pink
ツ Leisure  


Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh tak ku alun jemari menaip bait bingkisan hati nan nurani kat sini.
MALAS..ah, menyampah amat dengan perkataan ni. 
Membelenggu hidup sungguh la sekitar minggu2 ni.
Lalu aku rajinkan diri mencari sumber2 yang dapat menaikkan lagi semangat.
Nah, amik kau sentap sebijik!

SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?

Sumber: http://keajaibanpenjimatan.com/blog/15-kata-kata-motivasi-untuk-belajar/

Tidak semena dapat lagi aku cari link yang best untuk merajinkan lagi diri iaitu di sini:
http:wanwma.com/motivasi/cara-mengubati-penyakit-malas-menurut-islam/

Dah dapat kata2 semangat dan sentap, maka rajin lah sedikit berbanding sebelumnya di mana aku sibuk bermain Candy Crush dan Plant vs Zombie berhari-hari tanpa henti berlawan dengan Yeti untuk dapat bintang hati..

OK jadi bila dah rajin ni, boleh la menaip sikit alang2 dan duduk depan meja dan laptop ni. Harini, dah 2 hari berlalu, iaitu hari raya Aidiladha. Kali ni, sambut aidiladha di perantauan. Mungkin ni kali terakhir sambut di bumi Dublin ni. Kali lain mungkin ada tapi mungkin sebagai pelajar post-grad pulak ke, atau datang bercuti sembelih Sheeba semata-mata ke kan =D

Jadi, secara ringkasnya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat..semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Well, memandangkan hari raya korban ni..ada la cerita pengorbanan sikit nak share. well, mungkin takde la status 'berkorban' sangat tapi ade la cerita sikit boleh selit di malam yang hening keseorangan di rumah ni.

Pertamanya, berkorban tak beraya bersama keluarga lah kan. Dah namanya pon belajar jauh, terpaksa la duk jejauh di pinggir hutan. Nasib baik la Pak Cik Berahim datang menyelamatkan keadaan anak2 rantau ni dengan menyediakan kuah kacang, dan Mak Cik Nona pulak datang menghulur nasi himpit mininya. Maka giranglah hati anak2 dara yang kurang rajin memasak di pagi Selasa ketika ada kelas Therapeutic oleh Prof Garang ni, sebab makanan sume dah tersedia tanpa perlu menyinsing lengan baju kurung memasing di pagi hari.

Keduanya, dah la tak dapat makan ngan keluarga, pengorbanan kedua ialah berkorban jiwa dan raga menelan air liur melihat sanak saudara melahap rendang dan ketupat palas dengan rakusnya sambil menge-post setiap inci rumah,makanan juga setiap inci daun palas yang terdapat pada ketupat. auch! siap ada gambar kambing sengih buat 'peace for Qurban yawh!' lagi tu.

peace for Qurban yawh!
Ketiganya, nama pun kene pergi belajar..maksudnya pada hari raya tu ade kelas la sepanjang hari kan. Kelas tu biasa la. belajar dengar focus dan hoccus poccus..kroih3...zzZZzzzZZzz... Ok so bila bangun2 abis lecture je, pengorbanan yang paling azab kene buat ialah menunggu bas. Kalau tunggu seminit dua boleh tahan lagi, kalau dah berpuluh minit...sengsara. Adehs, rasanya mende yang paling aku takkan lupa duk kat Dublin ni ialah, mengejar bas! To make it worse, kalau tunggu dalam ujan dengan lencun kesejukannya, masyaAllah.. gambar di bawah adalah contoh bas 27B yang agak damai dan tenang tanpa hujan dan tanpa ada kanak2 yg berlari mengejar bas di belakang ye.

http://allaboutbuses.files.wordpress.com/2008/03/20080323-ev38.jpg
Bas 27B adalah bas menuju Beaumont Hospital
Tapi hari ni dalam sejarah, aku rasa Allah dengar rintihan aku yang dah kedemaman melangut bawah hujan bertemankan payung nan merah aku semalam sampai lambat masuk kelas. (even aku dah lompat2 tahan bas tu pagi tu, pak cik bas tu dengan selambe badak dia lalu je sebelah meninggalkan aku kesepian bawah hujan selama 20 minit seterusnya)... So sejarahnya, hari ni kelas suppose habis pukul 3 petang. Aku dah soksek soksek selsema sepanjang kelas Microbiology tu, jadinya habis je kelas mmg niat aku nak balik makan ubat selsema dan tido. Habis kelas aku check apps Dublin bus ni, bas 27B dah pun "due" means dia dah sampai la kat depan spital tu. Dalam hati, "ah, sah dah tak sempat ni".. tapi tengok bas seterusnya, "whatt??lagi 39 minit??" lalu aku menerobos laluan2 budak2 medik yang berkerumun kepeningan lalat belajar microbes. Dengan laju seperti Waksen Yambek, aku pecut pecuttt pecuuuttttt dengan coat bubble bulat, tudung pink ayu ku...dan!!!!! yeayyyy!!!!
http://forums.watchuseek.com/attachments/f2/1242079d1381003891-jlc-ebay-bid-walk-away-i-approve-baby-pipe-meme.jpg
I made it bebeyh! *bongkak mode ON*
Tidak ku toleh lagi ke belakang memandang siapakah gerangan yang terlihat aku berlari seperti lipas kudung tadi. Let bygones be bygones~ eceh!

Pengorbanan yang terakhir harini, iaitu kene belajar pasal Breast. sebab besok aku ada Multidisciplinary Teaching iaitu di mana Prof2 dari seluruh department akan membuat onar terhadap pelajar2 yang dah bermuka ayam berak kapur menahan cuak apabila disoal dengan mikrofon melekap di bibir secara spontannya. So, esok tak TGIF mana la aku. biasanya dulu, Jumaat la hari yang aku akan melaram pakai baju kurung lip lap tudung kelip2 ade diamond, ruby, emerald, topaz, sapphire bagai tapi sekarang kalau aku buat camtu nescaya aku lah pelajar pertama yang di pin-point oleh Prof ku untuk jawab soalan dengan rigor nya. Rigor tu ialah? google la sendiri, rajin sikit.
Ok, so itu jelah. Barakah Jumuah.. Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari... =)
Jumpa lagi di kala jari ku ini menaip kembali..
Wassalam!
Adios amigos mucha la gracias!

No comments:

Post a Comment