Thursday 27 October 2011

Pathetic

♫ Aishiteru - Zivilia Band
Sigh
 

.HIM.

.Hard to get.

.Harder to forget.

9x-7i>3(3x-7u)

yuyu~!!!
 

Sunday 2 October 2011

Gergasi menyerang!!

Belfast drift - Teriyaki boyz
ツFreezing

Gergasi menyerang ke menyerang gergasi?? Maka kisah medan perang kali ni bertapak di negara United Kingdom atau lebih spesifiknya di Belfast.. Badan2 yang keding jangan disangka tak mampu lawan gergasi eh.. Caye tak caye tak?hoho..fine la,meh nk bagi bukti sikit..(mmg 'sikit' sebab kecikkan nk compress2).

 Dari kiri: muka gergasi diserang smpi terbaring kuak lentang, gergasi tersenyum loser, habuan sup biri2 dr gergasi .

Phew~hah..tengok2..Ripley's believe it or not?

Heee..intro je tuh.Cite nye skang saya dh smpi negara Omputih, membawa diri sbb peminangan terhadap Abang Fotokem ditolak.uhuhu..disebabkan terlampau kecewa maka sy telah mengikut akak2 dan sahabat untuk drift kereta selaju mungkin supaya duka lara ilang.. (bajet ala2 cite Sembilu Kasih bwk keta laju2 rambut terbang sewaktu dlm dilema). Heh,walaupun pd hakikatnya bukan saya la yang drift kereta sewa terbabit.

Kami berangkat pada senja hari Jumaat bersamaan 30hb September. Ye,tepat sekali iaitu hujung minggu pertama saya sampai di negara orang dan saya sudah mula berjalan-jalan. Ada musababnya di situ.. Pertama, minggu pertama ni la belum mula banyak kerja jadi boleh la meronggeng dulu. Kedua, kami nk ke Junction 1 iaitu outlet shopping barang branded terus segar dr kilang tp harga insyaAllah berpatutan.Ketiga, jaulah di awal kedatangan bagi mengenal negara orang.ehem? terima la reason tu yer..

Sewaktu dalam perjalanan, kereta telah dipacu dengan efesyen skali oleh Kakak Huhahuha (bukan nama sebenar) sehingga tidur malam tersebut seolah-olah menyanyi lagu "aserehe2" sambil berdangdut kepala ke kanan kiri. Sesampainya di muka bumi Belfast, kami menghala ke Junction 1 dulu memandangkan tempat tersebut dah nak tutup lagi 30 minit aje. Namun bergitu, kami hanya disambut dengan sliding door yang melekap tidak mahu membukakan diri mereka tanda sudah tamat tempoh bekerja untuk hari tu. Alamatnya, balik la kami menumpang di hall sahabat2 Queen's University of Belfast.

Keesokan paginya, kami berangkat pulak ke tempat gergasi yang mula2 intro tadi. Namanya Giant's Causeway. Nak tau alkisah nama tersebut? Alkononnya, tempat tersebut telah dipijak2 oleh gergasi yang besau sehingga batu2 kat situ pecah jadi la sumenye bentuk heksagon sampai leni..Punya la beriyer kami memanjat batu2 tu umpama kanak2 yang eksaited jumpe batu seremban..Rock climbing rock climbing gak, usrah tak lupe..sronok woo usrah sambil piknik2 makan snek Doritos, bekal nasi goreng,dll..(menu makan ape ingat, intipati usrah tak ingat plak..adeih..pengsan laju2)

Dari kiri : Laut bergelora rase nk terjun! , Langit tu subhanallah cantik!


Tahniah kepada peserta-peserta ekpedisi Rock Climbing!
Eh, ceritera belum tamat..lek luuu...minum2 kopi warm dulu ke..hehe.warming up sket sebab nk bawak g jejalan tempat yg menguji jiwa raga mental fizikal dan kewarasan ni. Next place ni ialah Carrick-a-rede Rope Bridge.Hah, nervous dah kan dengar nama dia?Ni sebenarnya jambatan gantung. Jauh betul la berjalan nk sampai kat jambatan tu.Siap bleh mkn blueberries yg tumbuh menjinak kat tepi2 tu. Eh, siyes tau mkn..tak tipu.caye la caye la.. Btw, memula ingat jambatan tu mcm titi kat kampung la boleh jalan2 sambil lenggang lenggok belek muka dalam air kolam.Sekali....mak limah betul!! Menggigil ligament lutut nak menyeberang jambatan tu. Dah tak ingat nk belek muka walaupun bawah tu ade air..mane tak nyeeee...air laut yang sejuk bergelora mcm memanggil2 ke kubur. Waktu tuh hanya ingat nk berzikir dan sebut "Ya Allah...Ya Allah...istighfar2".. (bagus jugak la sbb bleh ingat mati mase tu,takde la enjoy sakan aje an..)

Dari kiri : Kesemputan menjerit lintas jambatan duduk dulu lah, View atas jambatan




Setelah semput menjerit sambil dipandang dengan sengihan pak cik penjaga jambatan, maka kami beransur pulang dengan niat di hati nak ke Junction 1 lagi. Sekali lagi hampa.....sobs..sebab hari Sabtu tempat tu tutup awal pukul 6 petang dh tamat tempoh beroperasi. Takpe lah, skurang2nya kalau orang tanya.. "Dah penah pegi Junction 1?"....jawab la dengan riak bongkak dan takbur.."Oish dah..2 kali dah pegi Junction 1....(dalam hati : Cheese!pegi 2 kali...masuk je tak~)"

Maka, adakah anda perasan sebab Pertama sy ke Belfast td adalah sbb Junction 1 tp tidak dapat dimakbulkan. Mungkin ada hikmahnya, lain kali nk bg sy peluang datang shopping kat ctu lg..(atau mungkin sy sememangnya tak layak pki brg2 branded tuh...sadis.atau sy akan lupe diri sbb memborong?dush!)

Malam tu kami ada suprise buat roommate sy...sbb Bestday beliau jatuh pd 2hb Oktober..maka!yoshhhh...we get to party tonyteee!! XD party sakan mkn eskem dlm sejuk2 tu...huhu.

"Selamat Hari Jadi kpd Roommate sy. Smoga Allah memberkati kehidupanmu dunia dan akhirat. Same2 la kite menjage satu sama lain di bumi Ireland beribu batu jauhnye ini ye.."
"Dan sahabat2 Belfast, terima kasih atas kesudian memberi tumpang kpd kami kanak2 pungutan dari Dublin ini.hehe..."
...ukhwah fillah...
Panjang umur dan murah rezeki, kita jumpa lagi!
Sekian sahaja laporan medan perang kita di Belfast buat kali ini. Kalau ade rezeki, lain kali saya pergi lagi..Mane tahu bleh shopping kat Belfast, nnt sy leh la wat entry amende sy shopping sakan kat sane.. (kalau la kan...kalau!)


p/s: Gelak besar di Belfast. Sebab? Nak bagi asap kluar waktu gelak tu. Ada ke asap? Ada! XD