Saturday 21 April 2012

Sharing is Caring?

Mimpi yang sempurna - Peterpan
ツ Menghilang dalam kehilangan


Assalamualaikum.....

Tajuk minggu ni.

Berkongsi. 

Kongsi apa?kongsi gelap?kongsi fat choy?kongsi lu langsi?Haa..ape kongsi2 ni sebenarnye?
Best ke berkongsi?Nikmat macam kongsi makan nasik bersaing reramai zaman kecik2 dulu ke?Apa kata kite buka sikit persepsi berkongsi dari sudut negatif dan positif..Jom.

Minggu ni banyak yang nak dikongsi. 

Pertama-tamanya..
Ilmu,tenaga dan masa dalam kumpulan. Iya, sememangnya sebagai pelajar menuntut banyak perkongsian sebegini. Dalam seminggu,  2 assignments bertulis perlu dihantar. Kalau setakat tulis merapu rapik tahap puaka, merepek sambil kunyah kerepek pn boleh dengan jayanya, Tapi,ini assignment ilmiah. Bukan boleh suka2 kunyah kerepek ubi pedas sambil buat assignment. Break sekejap waktu tengah syok mengarang assignment sekadar untuk makan pun belum tentu. 
Assignment pertama pasal segala macam penyakit kronik yang ada dlm dunia ni spt Diabetes, Cystic Fibrosis, Tekanan Perasaan, Ketagihan dan mcm2 lagi. Ni keje individual tapi masa nk pegi melawat pesakit tu, pergi dalam kumpulan. Best part berkongi ni ialah bila ada ahli kumpulan tak sempat nk catat semua info masa pergi melawat, so ahli lain tolong topup info. Best kan tolong menolong kongsi idea?
Assignment bertulis seterusnya mengenai satu kes tentang ''Addiction''. Perlu kaji apa punca pesakit ni jadi ketagih, cari populasi ketagihan seluruh dunia, apa cara nak ubat dia, apa isu2 etika dan professional yang doktor perlu berdepan dengannya dan bermacam lagi sampai nak menangis pun tak sempat amik tisu. Kerja ni buat dalam kumpulan. Best kalau ahli kumpulan tu mengerah idea, tolong checkkan isi2 kita, tolong betulkan grammar dan spelling kita. Tapi kalau jenis orang yang setakat cari info dekat Wikipedia pastu tampal dekat Microsoft Word kemudian biarkan kita dan sorg dua ahli lain buat terkontang kanting sampai senja, best ke berkongsi dengan dia? Tambah lagi, bila kerja kumpulan tu ttibe HILANG nk hantar ESOKNYA, dan 2 org ahli lain dgn gembiranya mengelak untuk tak datang buat bersama-sama kerja tu dengan alasan nak menyusun sofa di rumah baru yg seolah-olah jauh beribu batu dari kolej, best ke berkongsi ni sebenarnya? 

Kedua, berkongsi........barang?rumah?bilik?tempat tidur?buku?
Seronoknya balik2 ada orang masakkan, buatkan air. Ada orang tolong semburkan minyak wangi dalam bilik. Ada orang tolong bersihkan barang yang dia guna. Ada orang tolong balutkan buku yang dia pinjam. Haaa, best kan berkongsi?
Tapi...kalau dah berkongsi tak reti buat cara berkongsi seperti tak reti nk kemas lepas guna, tak reti nk pulang lepas pinjam, tak reti nk faham privasi orang lain yang turut sama berkongsi, memaksa orang lain mengikuti rutin yang dia tetapkan dan tak tahu nak sama2 buat tugasan sampai dah berkulat segala mende yang dikongsi.. best ke berkongsi? 

Ketiga...berkongsi kasih sayang.
Bestnya ada orang sudi kongsi kasih sayang dengan kita. Minggu ni sibuk nak anta assignmentsss, kuliah sampai tersengguk, tutorial sampai petang, study group smpi malam, tup2 balik tidooo...memang tak sempat nk beramah mesra dengan persekitaran. nak kenyit mata kat kawan sebelah pn rase mcm mata tak sempat berkedip. Tapi ttibe terasa kasih sayang datang melimpah ruah contohnya waktu tengah syok2 makan tengahari luar dewan kuliah....dtg sorg..

F : ''eh lamanya tak nmpk awak..kite rindu la kt awak..sehat?''
S : ''ye ke?ada je kat kolej ni tak g mana2 pon...kite pn rindu awak.hee..''

then syok smbung makan...datang lg... 

A : ''makan sorg2 ke..lama tak nmpk.rindu nyaaa!!''
S :''haah..ngeee...kite pn rindu awk jugak~meh la tman kite makan..nyum3'' 

tambah lg dgn sms, call, chats, wallposts fb yg berderet2 tak sempat nk balas...syok kan rasa ada orang kongsi kasih syg dgn kita? ilang sekejap pn macam nk runtuh dunia.ewaahhh...

Kongsi lain pulak...ada sepasang teman istimewa, si lelaki (L) dan si wanita (A). sama2 kongsi cerita. sama2 kejutkan bangun pagi, kongsi doa tido, makan, minum, password fb. semuanya kongsi. tgh syok2 berkongsi kasih sayang, (L) rupanya sukakan (B) iaitu kawan kpd si (A). Lalu, (A) sanggup kenalkan (L) dan (B) dengan harapan mereka akan merasa bahagia dapat merasa kasih syg pengorbanan (A). Dah la si lelaki tu ensem, baik,kaya....(A) pulak sanggup bagi kat (B)...Wahhh, indahnya berkongsi..tapi seronok lagi ke kongsi kasih sayang bila si lelaki asyik tersamakan si wanita (B) dgn wanita lama (A)? Contoh.. 

L : Jom makan kat gerai Sukahati malam ni..awak suka ayam goreng kan?
B : Oh seronoknya! **Nasib baik la A sanggup kenalkan kitorg**..

selang 3 minggu..

L : Eh cantiknya pki baju warna oren..oren warna kegemaran awak kan? 
B : Mana ada...saya suke pink! oren tu A yang suka...
L : Oh ye?sorry2...jom la sy blanja mkn kt gerai Aladdin k...kita mkn asam pedas kegemaran awak..
B : Apa awak ni..asam pedas tu mknn kegemaran A lah!!

Heh, seronok ke berkongsi kasih sayang? 

Atau.....sorg suami ada isteri. nak kawen lagi satu.. seronoknya bagi bakal isteri kedua sbb dapat kongsi kasih sayang suami dengan madu dia yg pertama. suami pulak sakan la dpt kawen lg satu.Tapi, seronok ke di pihak isteri pertama tu nak kongsi kasih sayang suami?mungkin la dia seronok ada madu utk teman pegi shopping..mungkin la dia seronok ada madu tolong gosok baju laki...mungkin la dia seronok dpt pegi spa sama2...mungkin.

Sharing is caring....

Caring ke kalau sharing marks kumpulan sama2 tp biarkan ahli kumpulan lain siapkan tugasan?
Caring ke kalau sharing sesuatu benda tapi tak reti nak menghormati privasi benda orang lain?
Caring ke kalau sharing kasih sayang tapi buatkan jiwa dia tersiksa menyesal kongsi kasih sayang?


Akhir kalam.

Sharing is challenging.

 






No comments:

Post a Comment