♫ Give me a reason - Pink
ツ Leisure Assalamualaikum wbt..
Lama sungguh tak ku alun jemari menaip bait bingkisan hati nan nurani kat sini.
Membelenggu hidup sungguh la sekitar minggu2 ni.
Lalu aku rajinkan diri mencari sumber2 yang dapat menaikkan lagi semangat.
Nah, amik kau sentap sebijik!
SUNGGUHKAH mawar tumbuh di datar,
Kalau datar mana alunnya,
Sungguhkah kata kamu belajar,
Kalau belajar mana pandainya?
Sumber: http://keajaibanpenjimatan.com/blog/15-kata-kata-motivasi-untuk-belajar/
Tidak semena dapat lagi aku cari link yang best untuk merajinkan lagi diri iaitu di sini:
http:wanwma.com/motivasi/cara-mengubati-penyakit-malas-menurut-islam/
Dah dapat kata2 semangat dan sentap, maka rajin lah sedikit berbanding sebelumnya di mana aku sibuk bermain Candy Crush dan Plant vs Zombie berhari-hari tanpa henti berlawan dengan Yeti untuk dapat bintang hati..
OK jadi bila dah rajin ni, boleh la menaip sikit alang2 dan duduk depan meja dan laptop ni. Harini, dah 2 hari berlalu, iaitu hari raya Aidiladha. Kali ni, sambut aidiladha di perantauan. Mungkin ni kali terakhir sambut di bumi Dublin ni. Kali lain mungkin ada tapi mungkin sebagai pelajar post-grad pulak ke, atau datang bercuti sembelih Sheeba semata-mata ke kan =D
Jadi, secara ringkasnya aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin dan muslimat..semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah S.W.T.
Well, memandangkan hari raya korban ni..ada la cerita pengorbanan sikit nak share. well, mungkin takde la status 'berkorban' sangat tapi ade la cerita sikit boleh selit di malam yang hening keseorangan di rumah ni.
Pertamanya, berkorban tak beraya bersama keluarga lah kan. Dah namanya pon belajar jauh, terpaksa la duk jejauh di pinggir hutan. Nasib baik la Pak Cik Berahim datang menyelamatkan keadaan anak2 rantau ni dengan menyediakan kuah kacang, dan Mak Cik Nona pulak datang menghulur nasi himpit mininya. Maka giranglah hati anak2 dara yang
Keduanya, dah la tak dapat makan ngan keluarga, pengorbanan kedua ialah berkorban jiwa dan raga menelan air liur melihat sanak saudara melahap rendang dan ketupat palas dengan rakusnya sambil menge-post setiap inci rumah,makanan juga setiap inci daun palas yang terdapat pada ketupat. auch! siap ada gambar kambing sengih buat 'peace for Qurban yawh!' lagi tu.
peace for Qurban yawh! |
Bas 27B adalah bas menuju Beaumont Hospital |
I made it bebeyh! *bongkak mode ON* |
Pengorbanan yang terakhir harini, iaitu kene belajar pasal Breast. sebab besok aku ada Multidisciplinary Teaching iaitu di mana Prof2 dari seluruh department akan membuat onar terhadap pelajar2 yang dah bermuka ayam berak kapur menahan cuak apabila disoal dengan mikrofon melekap di bibir secara spontannya. So, esok tak TGIF mana la aku. biasanya dulu, Jumaat la hari yang aku akan melaram pakai baju kurung lip lap tudung kelip2 ade diamond, ruby, emerald, topaz, sapphire bagai tapi sekarang kalau aku buat camtu nescaya aku lah pelajar pertama yang di pin-point oleh Prof ku untuk jawab soalan dengan rigor nya. Rigor tu ialah? google la sendiri, rajin sikit.
Ok, so itu jelah. Barakah Jumuah.. Selamat hari Jumaat, penghulu segala hari... =)
Jumpa lagi di kala jari ku ini menaip kembali..
Wassalam!
Adios amigos mucha la gracias! |
找打字員:
ReplyDelete我18歲自己不跟家裡拿錢
可以自己買任何想要的物品
出去玩也不用擔心沒錢
重點這個
不用會費 不用會費 不用會費
1000字30元,打一些網絡小說手稿雜誌等
【手機電腦均可】
當天晚上12點結算薪水
時間随意,自己在家就可以做
適和:學生,寶媽,上班族
有意者麻煩加 微信:yugg169